Ciri-ciri sistem operasi Android N didedahkan oleh Google
Generasi baru sistem operasi Google yang akan dilancarkan tahun ini iaitu Android N telah mula ditawarkan secara rasmi kepada pembangun aplikasi.
Android N hadir dengan banyak ciri yang baru antaranya adalah pengunaan dua aplikasi secara serentak ‘multitasking’ , panel notifikasi yang direka semula dan penambahbaikan ciri penjimatan bateri Google Doze yang dilancarkan pada sistem operasi Android Marshmallow.
Versi previu ini kini ditawarkan kepada Nexus 6P, Nexus 5X, Nexus 6, Pixel C, Nexus 9, Nexus Player dan satu telefon pintar Android One phone yang dikenali sebagai General Mobile 4G.
Tarikan terbesar yang boleh kita perkatakan pada Android N adalah ciri ‘multitasking’ yang membolehkan anda menggunakan dua aplikasi berlainan secara serentak. Ciri ini bukanlah sesuatu yang baru di pasaran dan telah mula ditawarkan oleh Samsung dan Apple. Ciri ini dijangka akan boleh digunakan pada telefon pintar dan tablet.
Panel notifikasi pada Android N juga telah direka semula dan kini anda membalas mesej atau notifikasi anda secara terus dari peranti Android Wear anda.
Akhir sekali, ciri Doze pada Android N mampu menjimatkan bateri anda apabila skrin sentiasa tertutup (tidak seperti sebelum ini dimana ciri Doze hanya diaktifkan apabila telefon pintar berada didalam keadaan ‘standby’ buat masa yang lama) dan hanya notifikasi yang penting akan masih disampaikan kepada pengguna.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perubahan dan ciri baru pada Android N ini anda boleh lihat di pautan di bawah.