Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet Huawei MediaPad M2 dilancarkan di Malaysia

image

Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa MediaPad M2 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi iaitu pada penghujung April bersama-sama Huawei Watch Jewel dan Elegant.

Huawei MediaPad M2 ini hadir dengans skrin paparan IPS LCD berukuran 10.0-inci dengan resolusi 1920 x 1200, pemproses Kirin 930 , dua pilihan RAM dan kapasiti memori simpanan dalaman . versi 2GB RAM hadir dengan 16GB memori simpanan dalaman manakala versi 3GB RAM hadir dengan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, daya tarikan terbesar yang dimiliki tablet MediaPad M2 ini adalah ianya memfokuskan kepada penawaran kualiti audio yang terbaik di pasaran. Huawei MediaPad M2 ini hadir dengan 4 pembesar suara Harmon Kardon.

Selain itu, MediaPad M2 juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie 5MP dengan kapasiti bateri dikatakan 6,600mAh.

Selain itu, Huawei MediaPad M2 turut hadir dengan stylus khas namun tiada sebarang slot khas untuk meletakkan stylus ini bersama-sama tablet.

Huawei MediaPad M2 versi 2GB RAM/16GB ROM ini ditawarkan pada harga RM 1,299 bagi versi Wi-Fi sahaja manakala versi 16GB WiFi + 4G LTE pula ditawarkan pada harga RM 1,599 dan ianya turut akan hadir dengan pen stylus M-Pen. ( warna perak sahaja).

Versi 3GB RAM/ 64GB ROM pula akan ditawarkan dengan stylus dan flip cover dengan harga penjualan RM 1,699 bagi versi Wi-Fi manakala versi Wi-Fi+4G LTE pula akan hadir dengan harga penjulan RM 1,999 ( warna emas sahaja).

image image image

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.