Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Penjualan Oppo R9 dan R9 Plus didedahkan – dari CNY 2498

oppo r9 r9 plus price malaysia

Oppo sebelum ini telah memberikan pengesahan bahawa Oppo R9 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac ini dan nampaknya telefon pintar Oppo R9 akan hadir didalam satu lagi versi iaitu Oppo R9 Plus.

Ini memberikan kita petunjuk jelas bahawa Oppo R9 dan R9 Plus adalah pengganti kepada Oppo R7 dan R7 Plus.

Belum sempat pelancaran Oppo R9 dan R9 Plus ini selesai, kita telah pun mendapat maklumat mengenai harga penjualan kedua-dua telefon pintar Oppo yang baru ini.

Oppo R9 ini dilihat akan hadir dengan harga penjualan CNY 2498 (RM 1,567) dan Oppo R9 ini akan hadir 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman. Selain itu, Oppo R9 ini akan juga hadir dengan bateri yang lebih kecil berbanding Oppo R9 Plus yang akan memiliki bateri 4,120mAh ( dengan pengecasan pantas Oppo VOOC).

Oppo R9 Plus pula dilihat akan hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB dan 128GB namun kedua-dua model ini masih akan hadir dengan 4GB RAM.

Oppo R9 Plus akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 4,120mAh, sokongan pengecasan Oppo VOOC dan mempunyai harga penjualan CNY 2988 iaitu sekitar RM 1,874 bagi versi 4GB RAM+64GB ROM dan CNY 3298 iaitu sekitar RM 2,069 bagi versi 4GB RAM+128GB ROM.

Selain itu, Oppo R9 ini juga akan hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan terdapat juga kemungkinan reka bentuk telefon pintar ini sama seperti Apple iPhone 6s Plus.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.