Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R9 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac ini

oppo r9-1

Oppo secara rasminya telah mendedahkan bahawa generasi baru telefon pintar didalam siri R iaitu R9 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac ini.

Oppo R9 adalah pengganti kepada model Oppo R7 dan Oppo R7 Plus dan syarikat China ini telah mula mengiklankan berita pelancaran ini di kebanyakkan bandar utama di China.

Iklan Oppo ini memberikan maklumat bahawa satu majlis pelancaran akan diadakan pada 17 Mac ini dan telefon pintar ini akan mempunyai angka ‘9’ pada nama modelnya.

Tidak seperti siri R7, Oppo R9 dijangka akan hadir dengan spesifikasi kelas atasan dan mungkin di pasarkan sebagai telefon pintar kamera terbaik daripada Oppo. Selain itu, terdapat juga kemungkinan tinggi bahawa dua teknologi terbaru Oppo yang diperkenalkan di MWC minggu lalu ditawarkan pada telefon pintar ini.

Oppo R9 dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 6.0-inci, kamera utama 21MP , kamera selfie 13MP , pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 3GB atau 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,700mAh.

Selain itu, Oppo R9 ini juga akan hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan terdapat juga kemungkinan reka bentuk telefon pintar ini sama seperti Apple iPhone 6s Plus.

Walaubagaimanapun, segala maklumat spesifikasi rasmi Oppo R9 akan dapat kami sahkan pada 17 Mac ini.

sumber

oppo r9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.