Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] Oppo memperkenalkan teknologi Super VOOC Flash dan SmartSensor

oppooo

Oppo sebelum ini pernah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sesuatu yang baru di MWC dan awal pagi tadi syarikat ini telah menepati janji mereka.

Oppo telah memperkenalkan teknologi pengecasan terbaru yang dikenali sebagai Super VOOC Flash Charge yang merupakan versi pengecasan yang lebih baik berbanding VOOC Flash Charge yang diperkenalkan pada tahun 2014 dan digunakan pada hampir 18 juta pengguna.

oppo-super-vooc-flash

Teknologi pengecasan Super VOOC Flash Charge ini membawa era pengecasan pantas ke satu tahap yang baru dimana ianya mampu menawarkan 10 jam jangka hayat telefon pintar didalam pengecasan lima minit sahaja.

Selain itu, teknologi pengecasan Super VOOC Flash Charge juga mampu memenuhkan bateri berkapasiti 2,500mAh didalam masa hanya 15-minit.

Teknologi pengecasan pantas Super VOOC Flash menggunakkan algoritma voltan rendah 5V yang memastikan suhu pengecasan yang rendah dan selamat.

Pengecasan Super VOOC Flash juga akan menyokong slot pengecasan Micro USB dan USB type-C.

oppo-smartsensor

Selain teknologi pengecasan Super VOOC Flash, Oppo turut memperkenalkan teknologi optik pengstabilan imej yang berdasarkan sensor yang dikenali sebagai Oppo SmartSensor.

Secara asasnya, teknologi optik pengstabilan imej hadir didalam dua jenis iaitu berdasarkan lensa dan berdasarkan sensor dan disebabkan masalah saiz telefon pintar yang kecil, kesemua pengeluar lebih gemar menggunakan optik pengstabilan imej berdasarkan lensa.

Dengan teknologi MEMS (micro-electro-mechanical system), Oppo SmartSensor adalah optik pengstabilan imej pertama berdasarkan sensor yang pertama kali diperkenalkan pada telefon pintar dan merupakan optik pengstabilan imej paling kecil didunia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.