Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] MediaTek memperkenalkan cip pemproses Helio P20

mediatek helio p20
MediaTek secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi cip pemproses didalam keluarga P iaitu Helio P20 yang dijangka mula digunakan pada telefon pintar yang akan memasuki pasaran mulai pertengahan tahun 2016.

Pemproses Helio P20 adalah versi yang lebih baik daripada Helio P10 dan ianya hadir dengan 25% pengunaan lebih kurang namun dengan prestasi yang lebih baik. Selain itu, pemproses Helio P20 juga hadir dengan GPU Mali T800 yang merupakan GPU paling berkuasa tinggi yang ditawarkan oleh ARM.

Selain itu, pemproses Helio P20 ini juga mampu menyokong RAM LPDDR4X yang menjadikanya cip mudah alih pertama didunia untuk menyokong jenis RAM ini.

Teknologi LPDDR4X ini hadir dengan 70% lebih kapasiti namun dengan 50% pengunaan tenaga yang lebih rendah berbanding LPDDR3. Pengurangan ini berjaya dilakukan dengan mengurangkan voltan operasi kepada 0.6v.

Spesifikasi Helio P20 juga termasuk sokongan sehingga dua skrin paparan 1080p (60fps), sokongan kamera 24MP atau kamera berkembar 13MP , rakaman video 4K + 2K (30fps) , LTE Cat.6 , sokongan dwi-SIM , Wi-Fi ac, GPS/Glonass/Beidou, Bluetooth dan radio FM.

Sedikit rangkuman Mobile World Congress, semalam Samsung telah melancarkan Galaxy S7 dan S7 Edge manakala LG telah memperkenalkan LG G5 yang merupakan telefon pintar modular dan tidak ketinggalan Sony yang memperkenalkan siri telefon pintar Xperia X.

mediatek helio p20-1 mediatek helio p20-2 mediatek helio p20-3

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.