Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge akan dilancarkan di Malaysia 18 Mac 2016

s7 malaysia launch

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge yang dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress semalam telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Mac 2016 iaitu pada Jumaat 18 Mac 2016.

Selain itu, tempahan bagi kedua-dua telefon pintar terbaru Samsung ini juga akan dibuka mulai 7 Mac 2016 iaitu selama 11 hari.

Berdasarkan tempahan bagi peranti Samsung di Malaysia, pembeli terawal Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge mungkin akan menerima satu hadiah misteri secara percuma dan jika dibandingkan dengan pasaran Amerika Syarikat , para pembeli terawal Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge mungkin menerima Gear VR secara percuma.

Bercakap mengenai harga, buat masa ini tiada sebarang maklumat harga penjualan didedahkan namun terdapat khabar angin yang mengatakan ianya akan mempunyai harga penjualan yang sama seperti Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge.

Walaubagaimanapun, faktor kejatuhan nilai matawang Ringgi yang mendadak sejak beberapa bulan lalu telah menyaksikan banyak syarikat pengeluar telefon pintar terpaksa menaikkan harga penjualan mereka di Malaysia.

Disebabkan ini kami meramalkan Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari RM 2699 manakala Samsung Galaxy S7 Edge akan mempunyai harga penjualan RM 3099 termasuk GST.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu putih, hitam, perak dan emas.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.