Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One A9 kini secara rasminya di lancarkan di Malaysia – RM 2,299

image

HTC One A9 yang dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan Oktober lalu kini secara rasminya telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia.

HTC One A9 ini hadir dengan reka bentuk unibodi berasaskan keluli sepenuhnya dan dikatakan dimengambil inspirasi daripada reka bentuk telefon pintar HTC sebelum ini. Walaupun HTC berkata demikian, kami pasti anda pasti terfikir bahawa reka bentuk ini mempunyai mirip reka bentuk iPhone 6 dan iPhone 6s.

Dari segi spesifikasi, HTC One A9 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 617 ( pertama kali digunakan), 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, HTC One A9 juga hadir dengan sokongan 4G LTE, sokongan kad microSD sehingga 2TB, bateri berkapasiti 2,150 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan Quick Charge 2.0 dan 3.0, sensor pengesan capjari pada butang ‘home’ dan pembesar suara audio berkualiti tinggi.

Dari segi kamera pula, HTC One A9 hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan OIS manakala kamera selfie model ini adalah kamera 4MP UltraPixel keluaran sendiri syarikat yang berpangkalan di Taiwan ini.

Walaupun dilancarkan didalam 4 warna, HTC Malaysia telah mengesahkan bahawa buat masa ini hanya dua warna akan ditawarkan di sini iaitu warna kelabu dan warna emas.

Harga penjualan rasmi HTC One A9 di Malaysia adalah RM 2,299 termasuk GST.

image image image image image

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.