Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis kehilangan 337,000 pelanggan pada suku ke-3 2015

default-maxisSyarikat telekomunikasi Maxis telah mengeluarkan kenyataan kewangan bagi suku ke-4 tahun 2015.

Syarikat telekomunikasi ini kini mempunyai 11.579 juta pelanggan menurun hampir 337,000 berbanding suku ke-3 2015 yang menyaksikan syarikat ini mempunyai 11,956 juta pelanggan. Sebelum ini, Maxis mempunyai 12.2 juta pengguna pada suku kedua 2015.

Daripada jumlah keselruhan ini, 8.5 juta pengguna adalah pengguna perkhimatan prabayar dengan purata pengunaan RM 39 sebulan. Selain itu, pada suku ketiga 2015, Maxis memiliki 8.9 juta pengguna prabayar dan Maxis berkata sebab utama kejatuhan ini adalah disebabkan persaingan yang lebih sengit di pasaran.

Bercakap mengenai pelanggan perkhimatan pascabayar pula, Maxis kehilangan hampir 19,000 pelanggan pada suku ketiga dengan jumlah keseluruhan kini berada pada kadar 2.8 juta. Walaubagaimanapun, purata pengunaan kini lebih tinggi iaitu RM 102 sebulan berbanding RM 98 sebulan pada suku ketiga 2015.

Pelan MaxisONE terus menunjukkan peningkatan dengan tambahna 109,000 langganan baru pada suku keempat dengan jumlah pelanggan MaxisONE kini berada pada kadar 623,000 dan dengan purata pengunaan RM 150 sebulan.

Selain itu, Maxis juga melaporkan bahawa mereka memiliki 8.8 juta pengguna perkhimatan internet mudah alih pada suku keempat 2015 , turun daripada 9 juta pengguna pada suku ketiga 2015. Maxis juga mempunyai 118,000 pelanggan Maxis Fibre.

Maxis juga melaporkan ianya mempunyai liputan 4G terluas di Malaysia iaitu pada kadar 71% dan ianya mampu menawarkan kelajuan purata 20Mbps dikawasan terbuka dan kelajuan purata 10Mbps dikawasan tertutup.

Anda boleh membaca laporan daripada OpenSignal yang mendedahkan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kelajuan 4G LTE paling perlahan didunia.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.