Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lagi Gambar Samsung Galaxy S7 mula dikeluarkan

samsung galaxy s7 silver

Samsung Galaxy S7 telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari ini dan nampaknya hampir setiap hari terdapat perkembangan terbaru mengenai generasi baru telefon pintar utama Samsung ini diketahui.

Jika sebelum ini beberapa gambar yang memaparkan model Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge telah tersebar hari ini kita disajikan lagi dengan beberapa lagi gambar S7 didalam warna yang berlainan.

Gambar terbaru ini dikeluarkan oleh pemberi maklumat terkenal iaitu Evan Blass dari @evleaks yang mana ianya adalah gambar Samsung Galaxy S7 didalam warna perak.

Seperti sebelum ini, kita hanya boleh mengatakan bahawa Samsung Galaxy S7 dan kemungkinan besar Galaxy S7 Edge akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Galaxy S6.

Ini bermaksud kebanyakan perubahan pada Galaxy S7 akan hadir dari segi spesifikasi dalaman dan juga pada bahagian kamera.

Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini akan hadir dengan spesifikasi asas yang sama iaitu skrin paparan QHD, pemproses Exynos 8890 atau Snapdragon 820, 4GB RAM dan kamera 12MP dengan teknologi BRITECELL.

Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu
selepas pelancaran rasmi selesai.

Selain Samsung Galaxy S7, LG juga akan melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu LG G5 pada hari yang sama iaitu pada 21 Februari 2016.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.