10 Juta Unit Huawei P8 Lite dijual tahun lalu
Telefon pintar Huawei kini semakin mendapat tempat dikalangan pengguna telefon pintar dunia dan ini dibuktikan dengan rekod penjualan memberangsangkan yang dicapai oleh salah satu model telefon pintar utama syarikat China ini iaitu Huawei P8 Lite.
Huawei telah mengumumkan bahawa telefon pintar Huawei P8 Lite ini berjaya mencapai jumlah penjualan sebanyak 10 juta unit didalam masa hanya 9 bulan dan sebahagian besar penjualan ini adalah di pasaran antarabangsa dan bukanya di China.
Ini bermaksud, 10% daripada jumlah penjualan 100 juta unit telefon pintar Huawei yang dicapai pada tahun 2015 adalah Huawei P8 Lite.
Huawei P8 Lite adalah satu model utama P8 yang dilancarkan pada suku kedua tahun lalu bersama-sama P8 dan P8 Max.
Huawei P8 Lite ini adalah satu alternatif yang lebih murah kepada Huawei P8 dan ianya hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.0-inci, pemproses HiSillicon Kirin 620 , 2GB RAM ,16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,200mAh.
Selain itu, Huawei P8 Lite juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP , 4G LTE , dan dengan kenipisan hanya 7.7mm.
Huawei P8 Lite dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun 2015 dan dengan harga penjualan RM 899.
Ianya ditawarkan didalam dua warna iaitu warna hitam dan warna putih stok Huawei P8 Lite ini kini habis di kedai atas talian rasmi Huawei iaitu vmall.my