Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 5se dijangka akan hadir didalam warna merah jambu

iPhone-5se-hot-pink-1100x1107

Apple iPhone mini dengan skrin paparan 4.0-inci dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi dengan tarikh pelancaran rasmi telefon pintar ini adalah pada 15 Mac 2016 iaitu bersama-sama tablet Apple iPad Air 3.

Sebelum ini kekeliruan selalunya timbul dengan nama telefon pintar iPhone ini dan nampaknya ianya akan memiliki nama Apple iPhone 5se dan laporan terbaru mengatakan telefon pintar ini akan hadir mempunyai sekurang-kurangnya tiga warna iaitu warna perak, kelabu dan merah jambu.

Merah jambu ini bukanya warna emas ros yang ditawarkan melalui Apple iPhone 6s dan 6s plus. Selain itu tiada sebarang berita samada warna emas akan ditawarkan pada iPhone 5se namun warna emas ros yang lebih eksklusif ini dijangka hanya akan ditawarkan pada iPhone 6s dan generasi terbaru telefon pintar iPhone yang akan dilancarkan pada September tahun ini.

iPhone 5se secara asasnya adalah generasi terbaru iPod touch kecuali dengan penambahan antena selular. Apple iPhone 5se dijangka akan hadir dengan skirn paparan IPS 4.0-inci, pemproses Apple A8 , kombinasi kamera utama 8MP dan kamera selfie 1.2MP, The Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11ac, dan cip NFC khusus untuk Apple Pay.

Selain itu, Apple iPhone 5se juga dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Apple iPhone 6s namun dengan ukuran dimensi yang sama seperti Apple iPhone 5.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.