Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi Xiaomi Mi 5 didedahkan di GFXBench

xioami mi 5 hugo barra

Selepas penantian lama, Xiaomi secara rasminya akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Mi 5 pada 24 Februari ini dan sebelum ini kami melaporkan mengenai panel belakang Mi 5 yang tersebar.

Kini segala maklumat spesifikasi telefon pintar ini telah diperoleh melalui penyenaraian Mi 5 di GFXBench.

Menurut GFXBench, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.7-inci dan ini adalah sesuatu yang sedikit mengejutkan kerana reka bentuk panel Mi 5 yang tersebar memberikan kita gambaran ianya adalah modal kompak dengan skrin paparan 5.2-inci.

Untuk mengatakan ini adalah satu lagi versi Mi 5 juga tidak logik kerana model yang disenaraikan ini hanya hadir dengan 3GB RAM.

Selain itu, satu lagi spesifikasi yang menimbulkan tanda tanya adalah penyenaraian telefon pintar ini sebagai model yang mempunyai satu slot SIM sahaja. Sebelum ini, ketua pegawai eksekutif Xiaomi telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Spesifikasi lain yang disenaraikan adalah seperti yang diperkatakan sebelum ini, ianya akan memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 64GB memori simpanan dalaman dan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Walaupun diambil dari GFXBench, kami tidak dapat memastikan kesahihan spesifikasi Xiaomi Mi 5 yang disenaraikan ini.

Kami akan memberikan anda segala maklumat rasmi dari majlis pelancaran Xiaomi Mi 5 yang akan berlangsung didalam 19 hari sahaja lagi.

sumber

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.