Pelanggan Digi kini menerima akses percuma iflix selama 12 bulan
Iflix penyedia internet tv terkemuka di Asia Tenggara kini telah menandatangani kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Digi dimana setiap pelanggan pelan pascabayar Digi SmartPlan mampu menikmati akses percuma iflix selama 12 bulan.
Sebelum ini iflix telah mengumumkan perkara yang sama bagi pelanggan TM UniFi dan telah bermula pertengahan bulan lalu.
Kesemua pelanggan yang melanggan pelan Digi SmartPlan 65 dan ke atas akan menerima akses percuma 12 bulan bernilai RM 96 ini. Bagi pelanggan sedia ada, anda juga boleh menikmati akses percuma ini dengan menaiktaraf pelan anda kepada pelan SmartPlan 65 dan ke atas.
Selain itu, tidak seperti akaun iflix yang biasa, setiap pelanggan Digi juga akan menerima akses iflix percuma selama 60 hari (bernilai RM 20).
Seperti intergrasi dengan TM, pelanggan Digi juga tidak perlu melakukan pendaftaran untuk mendapat akses ini dan ianya akan dikesan secara automatik.
Untuk pendaftaran kali pertama anda harus menggunakan rangkaian iflix dan ianya akan mengesan secara automatik samada anda menerima promosi percuma ini ataupun tidak.
Selepas anda telah melakukan akses iflix kali pertama anda boleh menggunakan rangkaian Wi-Fi untuk menonton segala kandungan media di iflix.
Selain itu, bagi pelanggan Digi yang melanggan iflix, mereka juga akan menerima 1GB kuota internet percuma yang boleh digunakan khas pada iflix sahaja.
percubaan iflix untuk menawarkan tawaran bersama banyak penyedia perkhimatan internet sudah pastinya diterima baik dan ianya dilihat strategi terbaik untuk bersaing dengan NetFlix yang turut ditawarkan di pasaran Malaysia.
Maklumat lanjut boleh anda ketahui di SINI