Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Netflix kini ditawarkan di Malaysia – pelan langganan bermula dari RM33

netflix malaysia

Aplikasi internet TV yang popular iaitu NetFlix kini secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dan lebih 130 negara seluruh dunia.

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif, Reed Hastings telah membuat pengumuman ini di CES 2016 dan mengesahkan bahawa Nexflix akan ditawarkan di hampir semua negara seluruh dunia kecuali Korea Selatan dan Syria. Selain itu, Netflix juga tidak ditawarkan di China namun syarikat ini sedang berusaha untuk menawarkanya di negara yang mempunyai antara pengguna peranti mudah alih terbesar didunia.

Bercakap mengenai kos langanan Netflix di Malaysia, jika di bandingkan dengan satu lagi penyedia internet tv di Malaysia iaitu iFlix , yuran langganan yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah jauh lebih tinggi dan ini mungkin satu kekurangan.

Netflix menawarkan tiga jenis pelan langganan bulanan iaitu Basic , Standard dan Premium yang bermula dari RM 33 , RM 42 dan RM 51.

nextflix plan malaysia

Setiap pelan ini mempunyai sedikit perbezaan dimana jika anda melanggan pelan bulan basic anda mendapat akses kepada semua rancangan yang ditawarkan di Netflix namun hanya satu peranti boleh digunakan secara serentak. Selain itu, pelan ini juga ditawarkan menawarkan tontonan video didalam resolusi HD dan Ultra HD.

Beralih kepada pelan Standard yang bermula dari RM 41 sebulan, pelan ini menawarkan akses kepada semua rancangan di Netflix namun ianya membolehkan dua peranti membuat tontonan secara serentak dan akses kandunga didalam resolusi HD.

Beralih kepada pelan paling mahal iaitu pelan Premium, seperti kedua-dua pelan di atas, anda dapat mengakses kesemua kandungan Netflix dan anda boleh melakukan tontonan didalam HD dan Ultra HD dengan 4 peranti dibenarkan untuk membuat tontonan serentak.

Seperti iFlix, anda juga akan mendapat langganan percubaan selama sebulan secara percuma.

Aplikasi Netflix ditawarkan pada peranti kesemua peranti iOS , Android dan komputer riba.

Muat turun Netflix di bawah

Netflix Apple App store

Netflix Android Google Play Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.