Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J7 (2016) dikesan di GeekBench

samsung-galaxy-j7-2016-malaysia

Sebelum ini Samsung telah memperkenalkan generasi baru siri telefon pintar Galaxy A mereka bagi tahun 2016 dan kini sudah mula beralih untuk menawarkan generasi baru kepada model telefon pintar siri J.

Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai Galaxy J1 (2016) yang telah tersebar yang kini sudah mula dijual di pasaran Asia barat.

Kini satu lagi model Samsung Galaxy J iaitu J7 (2016) telah dikesan di pangkalan data ujian GeekBench sekaligus mendedahkan spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini.

Samsung Galaxy J7 (2016) akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemporses octa-core Snapdragon 615 berkelajuan 1.5GHz dan 16GB memori simpanan dalaman. RAM yang dimiliki telefon pintar ini adalah 3GB iaitu dua kali ganda lebih besar berbanding model Galaxy J7 yang dilancarkan tahun lalu.

Bercakap mengenai kamera, Samsung Galaxy J7 (2016) hadir dengan kamera utama 13MP yang menyokong rakaman video 1080p manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, Samsung Galaxy J7 (2016) akan hadir dengan UI TouchWiz yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop dan mungkin akan menerima kemaskini Android Marshmallow tidak lama lagi.

Samsung Galaxy J7 (2016) dijangka akan dilancarkan di pasaran tidak lama lagi dan memandangkan model siri J sebelum ini ditawarkan di Malaysia, model ini juga akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan kurang dari RM 1000.

sumber

j7 geekbench

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.