Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung telah melancarkan Galaxy A3, A5 &A7 (2016)

samsung-galaxy-a3-a5-a7-2016-malaysia

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar generasi baru didalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7.

Ketiga-tiga model Samsung Galaxy A ini hadir dengan reka bentuk yang lebih premium iaitu berasaskan keluli dan gelas yang sama seperti pada Galaxy S6.

Ketiga-tiga model didalam siri Galaxy A ini akan dilancarkan dengan sensor capjari, kamera dengan OIS dan sistem pembayaran magnetik Samsung Pay.

Samsung Galaxy A3, A5 dan A7 akan ditawarkan di pasaran China mulai pertengahan bulan ini dan disusuli dengan pelancaran global awal tahun tahun hadapan.

samsung-galaxy-a7-2016-1-malaysia

Samsung Galaxy A7 2016 adalah model paling baik didalam tiga model baru ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses octa-core, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,300mAh dan slot microSD.

Selain itu, Samsung Galaxy A7 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai OIS manakala kamera selfie adalah 5MP. Kedua-dua unit kamera ini mempunyai aperture f/1.9

Samsung Galaxy A7 2016 seperti yang diduga juga hadir dengan sensor capjari, sistem pembayaran Samsung Pay dengan MST ‘Magnetic Secure Transmission’, LTE Cat.6 dan terdapat juga versi dwi-SIM.

samsung-galaxy-a5-2016-malaysia-1

Samsung Galaxy A5 pula hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900mAh.

Seperti Galaxy A7 (2016), Galaxy A5 (2016) juga hadir dengan kamera utama 13MP namun tiada OIS dan disertakan dengan kamera 5MP. Sensor capjari dan Samsung Pay dengan MST juga dilengkapi pada Galaxy A5 (2016) dan tidak lupa satu lagi versi dengan dwi-SIM.

Samsung Galaxy A3 (2016) pula mendapat penambahbaikan spesifikasi yang paling drastic. Galaxy A3 kini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 720p berukuran 4.7-inci dengan resolusi 720p, pemproses quad-core berkelajuan 1.5GHz. 1.5GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,300mAh.

Kamera yang dimiliki oleh model A3 (2016) ini adalah sama seperti model A5 iaitu kamera 13MP pada bahagian belakang (tiada OIS) manakala kamera selfie adalah 5MP dengan jumlah aperture yang sama iaitu f/1.9.

samsung-galaxy-a3-2016-malaysia

Samsung Galaxy A3 juga hadir dengan sokongan LTE Cat.4 dan ianya juga akan hadir didalam versi dwi-SIM. Selain itu, harus kami tekankan bahawa Galaxy A3 (2016) tidak mempunyai sensor capjari.

Samsung Galaxy A3 (2016), A5 (2016), A7 (2016) akan hadir dengan TouchWiz UI yang berasaskan Android 5.1 Lollipop dan akan ditawarkan didalam empat warna iaitu putih, hitam, emas dan emas ros.

Bercakap mengenai harga pula, walaupun Samsung belum mendedahkan sebarang harga rasmi, tinjauan kami di laman blog rasmi Samsung mendedahkan bahawa Samsung Galaxy A3 (2016) akan mempunyai harga penjualan rasmi €329 atau RM 1,474.

Galaxy A5 (2016) pula akan mempunyai harga penjualan €399 atau sekitar RM 1,788 manakala Samsung Galaxy A7 (2016) masih belum mempunyai sebarang harga rasmi namun ianya dianggarkan berada pada harga €469 iaitu sekitar RM 2,104.

Walaubagaimanapun, harga ini adalah harga penjualan di Eropah namun harga penjualan di Malaysia mungkin sedikit rendah berbanding harga ini.

Siri Samsung Galaxy A bagi tahun 2016 ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada awal tahun hadapan.

sumber

Galaxy A7 (2016)

samsung-galaxy-a7-2016-malaysia

Galaxy A5 (2016)

samsung-galaxy-a5-2016-malaysia

Galaxy A3 (2016)

samsung-galaxy-a3-2016-malaysiasamsung ga7-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.