Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor Jolly 2 Plus dilaporkan akan dilancarkan 28 Januari ini

Honor-Holly-2-Plus

Huawei di laporkan semakin hampir untuk melancarkan telefon pintar Honor Holly 2 Plus dan ianya dijangka akan dilancarkan di satu majlis pelancaran khas yang akan berlangsung di New Delhi, India pada 28 Januari ini iaitu 2 hari selepas Honor Malaysia melancarkan Honor 7 Edisi Enhanced dan Honor 5X di pasaran tempatan.

Huawei Honor Holly 2 Plus adalah telefon pintar kelas pertengahan dengan spesifikasi yang lebih.

Honor Holly 2 Plus ini dilihat akan mempunyai skrin paparan IPS 720p berukuran 5.0-inci, pemproses 64-bit berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM, 16GB RAM dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu,bercakap mengenai unit kamera yang dimiliki oleh Honor Holly 2 Plus, ianya hadir dengan kamera utama 13MP dengan flash LED selain kamera selfie 5MP.

Honor Holly 2 Plus juga memiliki sokongan rangkaian 4G , slot dwi-SIM, slot microSD (menyokong tambahan 128GB memori) dan dijangka akan hadir dengan UI Huawei EMUI yang berasaskan sistem operasi Android.

Walaupun tiada sebarang harga penjualan diketahui buat masa ini, dengan spesifikasi yang disertakan selain reka bentuk berasaskan plastik dan ketiadaan sensor capjari. Honor Holly 2 Plus dijangka tidak mempunyai harga penjualan yang tinggi.

Maklumat harga dan penjualan Huawei Honor Holly 2 Plus akan kami umumkan apabila model terbaru Honor ini telah dilancarkan secara rasmi minggu hadapan.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.