Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan reka bentuk gelas 2.5D

Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan reka bentuk gelas 2.5D 1

xiaomi mi 5 2.5d glass

Hampir setiap hari sudah pastinya ada laporan baru yang dikeluarkan mengenai generasi kelima telefon pintar utama Xiaomi iaitu Mi 5 dan ianya dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari dengan pemproses Snapdragon 820.

Satu gambar terbaru yang didakwa adalah Xiaomi Mi 5 telah mendedahkan sedikit sebanyak mengenai reka bentuk telefon pintar Mi ini.

Xiaomi Mi 5 ini hadir dengan satu butang fizikal seperti yang dilaporkan sebelum ini dan ianya akan menempatkan sensor capjari. Selain itu, Mi 5 juga memiliki panel gelas 2.5D dan jika tiada butang fizikal kami pasti akan mengatakan bahawa ini adalah model Xiaomi Mi Note.

Xiaomi Mi 5 dijangka akan hadir didalam dua warna iaitu warna putih dan warna hitam dan pengunaan gelas 2.5D kini adalah satu trend dipasaran.

Selain itu, bersama-sama gambar Xiaomi Mi 5 ini juga kita telah mendapat bukti gambar pengecas Mi 5 dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan Quick Charge 3.0.

Xioami Mi 5 juga hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci dengan resolusi 1080 x 1920 dan akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB RAM/32GB ROM dan 4GB RAM/64GB ROM.

Selain itu, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan kamera 16MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Xiaomi Mi 5 akan juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,030mAh yang turut menyokong pengecasan pantas dan sistem operasi Android Marshmallow dengan MIUI 7.

sumber

pengecas Xiaomi Mi 5

mi 5 charger

xiaomi mi 5-1 xiaomi mi 5-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.