Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Senarai Password paling tidak selamat tahun 2015 telah dikeluarkan

worst password 2015

SplashData telah mengeluarkan carta yang menyenaraikan kata laluan paling tidak selamat bagi tahun 2015 dan anda mungkin harus melihat jika kata lalu anda tersenarai didalam kata laluan terburuk ini.

Firma ini telah mempunyai data dari 2 juta kata laluan yang telah tersebar pada tahun 2015 dan kata laluan yang paling popular dikalangan pengguna internet adalah “123456” diikuti oleh kata laluan “password” ditempat kedua. Tempat ketiga didalam senarai kata laluan paling teruk adalah “12345678” dan tempat keempat adalah “qwerty”.

Satu salah satu maklumat penting yang boleh kita simpulkan melalui carta ini adalah, pengguna internet suka mengguna kata laluan yang berdasarkan kegemaran mereka seperti jenis muzik ataNaikun jenis sukan . sebagai contoh “solo”, “princess” dan “starwars” adalah kata laluan baru digunakan tahun ini manakala kata laluan sukan seperti “football” dan “baseball” juga berada didalam senarai 25 kata laluan yang tidak selamat.

Jika anda menggunakan kata lalu seperti “passw0rd” ianya juga tidak selamat kerana hampir berjuta orang menggunakan kata laluan ini.

Apa pun jika anda ternampak kata laluan anda didalam senarai ini pastikan anda mengambil pengajaran daripada perkara ini dan digalakkan sNaikaya anda mengubah kata laluan anda kepada yang lebih sukar untuk diteka atau digodam.

Berikut adalah senarai 25 kata laluan terburuk/tidak selamat bagi tahun 2015.

kata laluan terburuksumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.