Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5 disahkan akan dilancarkan bulan Februari

image

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820.

Pengesahan ini telah dilakukan oleh pengasas bersama dan naib presiden kanan Liwan Jiang.

Selain mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820, Jiang juga mengesahkan bahawa Mi 5 telah memasuki fasa pengeluaran komersial bagi memastikan stok telefon pintar ini mencukupi apabila ianya dilancarkan pada bulan Februari.

Pengesahan ini menyusul selepas sebelum ini ketua pegawai eksekutif Xiaomi, Lei Jun mengesahkan bahawa telefon pintar ini adalah sesuatu yang ‘berbaloi penantianya’.

Xiaomi Mi 5 telah banyak diperkatakan dan ianya akan hadir dengan skrin paparan 1080p atau QHD berukuran 5.2-inci, dua pilihan RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB, kamera utama 16MP, kamera selfie 13MP, bateri berkapasiti 3,000mAh dan MIUI 7 dengan sistem operasi Android Marshmallow.

Xiaomi Mi 5 juga akan hadir dengan butang fizikal yang akan menempatkan sensor capjari yang terkecil didunia.

Xiaomi Mi 5 dilihat akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan mmepunyai panel belakang yang melengkung seperti yang telah didedahkan melalui dokumen paten Mi 5

Selepas melancarkan Xiaomi Mi 4 secara eksklusif bagi pasaran China, harapan diletakkan agar Xiaomi Mi 5 akan menjadi satu model global yang ditawarkan seluruh dunia.

seperti telefon pintar Xiaomi yang lain, Mi 5 dijangka akan mempunyai harga penjualan yang jauh lebih murah berbanding telefon pintar didalam kelas yang sama.

mi5

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.