Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Nubia Prague S dilancarkan secara rasmi – dengan teknologi IRIS

image

ZTE secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Nubia Prague S

Terus kepada spesifikasi ZTE Nubia Prague S, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED OGS 1080p berukuran 5.2-inci (424ppi) yang dilengkapi dengan gelas 2.5D, pemproses octa-core Qualcomm Snapdragon 615, 3GB RAM dan tidak lupa 64GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada bahagian kamera, ZTE Nubia Prague S hadir dengan unit kamera utama 13MP yang disertakan dengan satu flash LED manakala kamera selfie adalah sensor 8MP.

dari segi audio, ZTE Prague S memiliki cip audio AKM4375 Hi-Fi , Dolby audio 7.1 dan dekoder Dolby yang akan memberikan pengalaman bunyi yang lebih realistik.

Selain itu, ZTE Nubia Prague S juga hadir dengan sensor IRIS yang dikenali sebagai Eyeprint ID selain teknologi Nubia FiT.

ZTE Prague S juga hadir dengan bateri berkapasiti 2,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas ,slot dwi-SIM hibrid ,4G LTE , slot microSD ( menyokong tambahan 128GB ) dan hadir dengan UI Nubia  3.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Bercakap mengenai harga penjualan, ZTE Prague S akan ditawarkan pada harga CNY 2,499 (RM 1,666) dan tempahan bagi peranti ini kini telah dibuka dengan penjualan akan bermula 23 Januari ini.

ZTE Prague S ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas ros yang dilihat sangat menarik.

sumber

image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.