ZTE Nubia Prague S dilancarkan secara rasmi – dengan teknologi IRIS
ZTE secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Nubia Prague S
Terus kepada spesifikasi ZTE Nubia Prague S, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED OGS 1080p berukuran 5.2-inci (424ppi) yang dilengkapi dengan gelas 2.5D, pemproses octa-core Qualcomm Snapdragon 615, 3GB RAM dan tidak lupa 64GB memori simpanan dalaman.
Beralih kepada bahagian kamera, ZTE Nubia Prague S hadir dengan unit kamera utama 13MP yang disertakan dengan satu flash LED manakala kamera selfie adalah sensor 8MP.
dari segi audio, ZTE Prague S memiliki cip audio AKM4375 Hi-Fi , Dolby audio 7.1 dan dekoder Dolby yang akan memberikan pengalaman bunyi yang lebih realistik.
Selain itu, ZTE Nubia Prague S juga hadir dengan sensor IRIS yang dikenali sebagai Eyeprint ID selain teknologi Nubia FiT.
ZTE Prague S juga hadir dengan bateri berkapasiti 2,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas ,slot dwi-SIM hibrid ,4G LTE , slot microSD ( menyokong tambahan 128GB ) dan hadir dengan UI Nubia 3.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.
Bercakap mengenai harga penjualan, ZTE Prague S akan ditawarkan pada harga CNY 2,499 (RM 1,666) dan tempahan bagi peranti ini kini telah dibuka dengan penjualan akan bermula 23 Januari ini.
ZTE Prague S ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas ros yang dilihat sangat menarik.