Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia bulan ini

oppo f1 malaysia

Minggu lalu Oppo telah mengumumkan kewujudan siri baru yang memfokuskan kepada fotografi iaitu siri Oppo F dan model pertama siri ini iaitu Oppo F1 kini telah dimula ditawarkan di pasaran Vietnam.

Oppo F1 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci (294ppi) dengan teknologi skrin IPS ini dilindungi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4. Bercakap mengenai pemproses pula, Oppo F1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616 berkelajuan 1.7GHz, GPU Adreno 405 dan 3GB RAM.

Beralih kepada kepakaran kamera yang dilihat fokus utama siri F ini, kamera utama Oppo F1 adalah kamera 13MP dengan f/2.2 dan satu flash LED manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan lensa f/2.0. selain itu, kamera ini turut hadir dengan perisian kamera yang menawarkan fungsi seperti Beautify 3.0, 8 pilihan warna dan teknologi flash pada skrin untuk pengambilan selfie pada keadaan yang gelap.

Selain itu, Oppo F1 juga hadir dengan memori simpanan dalaman 16GB, sokongan dwi-SIM LTE, bateri berkapasiti 2,500mAh (tiada teknologi bateri VOOC) , Android 5.1 Lollipop dengan Color OS 2.1

Oppo F1 akan kini telah dibuka untuk tempahan dengan harga penjualan VND 6,490,000 atau sekitar RM 1,296 berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa.

Oppo F1 juga akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat dan kami pasti akan berada disana untuk membawakan anda segala maklumat terkini mengenainya.

sumber

oppo f1 malaysia-4 oppo f1 malaysia-5 oppo f1 malaysia-6 oppo f1 malaysia-7 oppo f1 malaysia-8 oppo f1 malaysia-12 oppo f1 malaysia-11 oppo f1 malaysia-10 oppo f1 malaysia-9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.