Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Android Nokia C1 mula tersebar

image

Nokia, jenama ikonik yang sudah lama menyepi namun tahun 2016 dilihat akan menjadi kembalinya semula jenama ini ke pasaran telefon pintar dunia.

Satu gambar protaip telefon pintar Nokia yang berasaskan sistem operasi Android telah mula tersebar dan walaupun ini bukan sesuatu yang baru, gambar baru ini menghidupkan semula khabar angin bahawa telefon pintar Nokia akan dilancarkan lewat tahun ini.

Telefon pintar dapat dilihat hadir dengan reka bentuk berasaskan besi dan terdapat jenama Nokia pada bahagian belakang selain jalur plastik antena pada bahagian atas dan bawah.

Telefon pintar terbaru ini akan memulakan kemasukan semula Nokia ke dalam pasaran Android secara sepenuhnya dan telefon pintar ini dilihat akan hadir dengan skrin paparan 5.0-inci sehingga 5.5-inci dengan resolusi 1080p.

Telefon pintar Nokia ini juga akan hadir dengan ciri terbaik pada bahagian kamera dan audio yang pasti akan memberikan kelebihan berbanding telefon pintar lain di pasaran Android.

Selain itu, berdasarkan laporan dan gambar ini, telefon pintar Nokia ini dilihat didalam fasa ujian dan pelancaran rasmi mengenai telefon pintar ini akan berlaku didalam masa beberapa bulan.

Walaupunbagaimanapun, telefon pintar Nokia C1 ini dikatakan akan hadir didalam dua sistem operasi iaitu Android dan Windows 10 namun kebarangkalian untuk mempunyai sistem operasi Android adalah lebih tinggi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.