Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone mini kini dikatakan akan diberi nama iPhone 5e

iphone5e-official-apple-page-

Telefon pintar mini daripada Apple yang memiliki skrin paparan 4.0-inci telah lama diperkatakan namun masih tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat. Walaubagaimanapun, kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan pelancaran model iPhone ini.

Salah satu perkara mengenai telefon pintar ini yang masih menjadi tanda tanya adalah apakah nama yang akan diberi oleh Apple. Kita pernah mendengar Apple iPhone 6c dan kemudian terdapat juga nama iPhone 6c mula kedengaran dan kini satu lagi nama baru bagi telefon pintar ‘lebih murah’ Apple dikeluarkan.

Menurut satu penganalisan China, telefon pintar Apple iPhone dengan skrin paparan 4.0-inci ini dikatakan akan mempunyai nama Apple iPhone 5e dan “e” akan membawa maksud enhanced.

iPhone 5e ini dikatakan akan hadir dengan sedikit penambahbaikan dengan dua ciri utama yang diperkatakan adalah sokongan kepada sistem pembayaran Apple Pay dan teknologi panggilan suara LTE atau lebih dikenali sebagai VoLTE.

Selain itu, Apple iPhone 5e juga dilaporkan akan memiliki kamera utama Apple iSight 8MP, 1GB RAM, dan beberapa kapasiti memori simpanan dalaman.

Di China, Apple iPhone 5e ini akan mempunyai harga penjualan CNY 3,288 iaitu sekitar RM 2,197.

Jika Apple melancarkan Apple iPhone 5e di Malaysia dengan harga penjualan seperti di China, maksud “e” mungkin lebih sesuai ditukarkan kepada “expensive”

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.