Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3 akan dilancarkan pada 12 Januari ini – sekitar RM 466

xiaomi redmi 3

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar generasi ketiga siri Redmi iaitu Redmi 3 akan dilancarkan pada 12 Januari ini.

Pengesahan ini telah dilakukan oleh Xiaomi melalui akaun Weibo rasmi syarikat dan ianya dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang unik iaitu berasaskan besi dan terdapat corak pangkah berwarna perak di panel belakang.

Selain itu, gambar yang dimuat turun ini turut mendedahkan bahawa Redmi 3 akan memiliki skrin paparan 5.0-inci.

Walaupun spesifikasi lain telefon pintar ini belum didedahkan secara rasmi, telefon pintar ini telah disenaraikan di TENAA dan ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.5GHz, 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan ukuran dimensi 139.3 x 69.6 x 8.5 mm dengan berat 143gram.

Selain itu, pada Redmi 3 ini juga dapat kita saksikan bahawa Xiaomi mungkin sudah memutuskan untuk meninggalkan reka bentuk plastik dan beralih kepada reka bentuk yang lebih premium walaupun pada model yang lebih murah.

Xiaomi Redmi 3 dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY 699 iaitu sekitar RM 466 dan harga ini adalah sangat kompetetif.

Xiaomi Redmi 3 dijangka akan memasuki pasaran tempatan namun tiada sebarang tarikh akan bila model ini ditawarkan di rantau ini diketahui.

image118

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.