Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maklumat spesifikasi Oppo F1 telah didedahkan

oppo F1

Siri Oppo F yang diumumkan beberapa hari lalu adalah satu siri yang memfokuskan kepada fotografi pada telefon pintar dan model pertama didalam siri ini iaitu Oppo F1 dijangka akan dilancarkan bulan lalu.

GSMArena telah melaporkan bahawa Oppo F1 ini akan hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan PDAF. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dan Oppo R7 dan R7s turut hadir dengan teknologi yang sama.

Beralih kepada kamera hadapan pula, Oppo F1 dijangka akan hadir dengan kamera 8MP yang sama seperti kamera yang digunakan oleh siri R7 namun ianya hadir dengan lensa f/2.0 yang lebih baik berbanding f/2.4 pada siri R7.

Bercakap mengenai perisian yang akan menyokong dua unit kamera ini, Oppo F1 akan hadir dengan perisian PureImage 2.0+ yang hadir dengan banyak mod fotografi yang menarik.

Selain itu bercakap mengenai spesfikasi dalaman, Oppo F1 mungkin hadir dengan pemproses Snapdragon 615 yang biasa digunakan pada peranti kelas pertengahan dan walau apapun pemproses yang dgunakan, Oppo F1 akan hadir dengan 3GB RAM.

Selain itu, GSMArena juga telah memperoleh gambar model Oppo F1 ini dan ianya kelihatan sama seperti model Oppo R7 dan R7 Lite dengan skirn paparan 5.0-inci.

Dengan kebanyakkan maklumat telah dikeluarkan, sekarang kita hanya menunggu untuk Oppo melakukan pengumuman rasmi dan pelancaran model ini di Malaysia juga akan berlangsung tidak lama lagi kerana pihak Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka sedang didalam ‘merancang sesuatu yang baru’ sebagai permulaan untuk tahun ini.

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.