Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Setia Alam mendapat undian tertinggi didalam kempen #DigiWeWant4G

Photo 2

Kempen #DigiWeWant4G yang membolehkan pelanggan Digi mengundi kawasan kegemaran mereka untuk menerima akses kepad internet berkelajuan tinggi 4G.

Kempen ini telah bermula pada 6 November 2015 sehingga 15 Disember 2015 dimana pelanggan Digi boleh mengundi untuk lokasi seterusnya untuk memiliki rangkaian 4G LTE dengan melakukan undian melalui Twitter dengan menyertakan hashtag #DigiWeWant4G.

Digi telah memilih 10 kawasan dengan undian terbanyak dan lokasi yang mendapat undian terbanyak didalam kempen #DigiWeWant4G ialah Setia Alam, Shah Alam.

Seperti yang dijanjikan Digi telah memulakan kerja pembinaan menara di Setia Alam yang membolehkan penduduk kawasan Setia Alam mendapat akses kepada internet berkelajuan tinggi 4G LTE Digi.

Selain Setia Alam, 9 lagi kawasan yang terpilih selepas mendapat undian tertinggi didalam kempen #DigiWeWant4G adalah seperti berikut:

  • Batu Gajah, Perak
  • Bau, Sarawak
  • Jejawi, Perlis
  • Limbang, Sarawak
  • Simpang Renggam, Johor
  • Lunas, Kedah
  • Papar, Sabah
  • Arau, Perlis
  • Tenom, Sabah

Kesemua kawasan yang tersenarai ini akan menerima akses rangkaian internet berkelajuan tinggi 4G LTE didalam masa terdekat.

Kempen #DigiWeWant4G dilihat telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan kerana ini memberikan pengguna untuk mengundi kawasan mereka sebagai lokasi seterusnya untuk mendapat 4G LTE daripada Digi dan penduduk Setia Alam telah merupakan komuniti yang sangat aktif dan mendapat undian tertinggi.

Rangkaian 4G LTE Digi kini meliputi 60% populasi penduduk di Malaysia dengan 80 bandar utama . selain itu, Digi juga telah membuka akses 4G LTE-Advanced (4G LTE-A) dengan peratusan liputan berada pada kadar 22%.

Photo 1(1)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.