harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelanggan Digi kini boleh mengakses Internet didalam penerbangan Malindo Air

image

Syarikat telekomunikasi Digi telah mengumumkan bahawa mereka telah melakukan satu kerjasama dengan syarikat penerbangan Malindo Air yang membolehkan penumpang mengakses Internet ketika didalam penerbangan.

Digi dengan bantuan AeroMobile Communications Limited telah memberikan pelanggan pascabayar Digi akes kepada internet ketika berada di didalam penerbangan.

Dengan kerjasama baru ini, Digi berupaya menawarkan pelanggan setia mereka (pelanggan Digi postpaid) akses kepada Internet berkelajuan tinggi walaupun ketika sedang merantau.

winner78

Dengan ini, pelanggan Digi yang menggunakan Malindo Air untuk terbang ke destinasi pilihan mereka akan boleh menggunakan peranti mereka didalam penerbangan sekaligus mengubah cara mereka melakukan kerja-kerja yang penting.

Perkhimatan Internet ini akan ditawarkan didalam penerbangan terpilih Malindo Air yang menggunakan pesawat jenis Boeing 737-900ER melalui Perkhimatan mudah alih AeroMobile.

Perkhimatan ini akan ditawarkan bagi penerbangan ke destinasi utama Malindo Air seperti Mumbai, Delhi, Amritsar, Kochin, Trichy, Trivandrum, Kathmandu, Perth, Kota Kinabalu, Kuching, Bali dan Bangkok.

Malindo Air adalah syarikat penerbangan terbaru yang menawarkan perkhimatan mudah alih AeroMobile selepas diperkenalkan perkhimatan ini di syarikat penerbangan seperti Alitalia, Etihad Airways, Lufthansa, dan Singapore Airlines.

Pelanggan pascabayar Digi boleh menikmati perkhimatan Internet didalam penerbangan Malindo Air pada harga promosi iaitu RM 32 sehari.

Dengan penawaran ini pelanggan Digi boleh sentiasa berhubung dengan mereka yang tersayang walaupun ketika didalam perjalanan jauh di atas udara.

harimaubet