Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S6 Edge plus kini ditawarkan didalam warna ‘pink’

Samsung galaxy s6 edge plus pink

Samsung mempunyai tabiat untuk melancarkan telefon pintar utama mereka didalam warna-warna eksklusif untuk pasaran tertentu dan Samsung Galaxy S6 Edge Plus juga mendapat satu warna yang baru eksklusif.

Sebelum ini, Samsung pernah melancarkan warna eksklusif pada Galaxy Note 3 sebelum Galaxy S4 dan S5 mendapat warna merah jambu yang terhad kepada beberapa pasaran.

Samsung Galaxy S6 juga pernah ditawarkan didalam warna khas eksklusif seperti warna biru dan hijau selain warna merah yang hadir sebagai versi Iron Man Avengers yang terhad kepada 1000 unit sahaja.

Samsung nampaknya akan melakukan perkara yang sama pada telefon pintar terbaru mereka yang dilancarkan bersama-sama Galaxy Note 5 iaitu Galaxy S6 Edge+.

Samsung telah melancarkan versi merah jambu Galaxy S6 Edge+ di pasaran China dan dengan harga penjualan yang sama seperti warna lain.

Walaubagaimanapun, Samsung belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai penawaran warna merah jambu ini dan tiada juga sebarang berita samada warna baru ini akan hanya ditawarkan di China ataupun akan memasuki pasaran lain.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy S6 Edge+ warna merah jambu ini dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa awal tahun hadapan dan kemungkinan pada bulan Februari sebagai perayaan hari Valentines.

Pelancaran warna baru ini juga memberikan kita indikasi bahawa Samsung Galaxy S6 Edge+ tidak akan mendapat generasi baru pada Samsung Unpacked 2016 yang akan berlangsung pada bulan Februari 2016 iaitu di MWC.

Samsung Galaxy S7 Edge+ mungkin dilancarkan lebih lewat iaitu sekitar bulan September sama seperti pelancaran Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.