Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One X9 akan dilancarkan tidak lama lagi

htc x9
Selepas HTC One A9 yang dilancarkan beberapa bulan lalu, syarikat Taiwan ini nampaknya sudah bersedia mengeluarkan telefon pintar terbaru yang akan hadir dengan beberapa spesifikasi yang sama seperti One A9.

HTC telah mengesahkan telefon pintar terbaru mereka akan memiliki kamera 13MP yang turut disertakan dengan optik pengstabilan imej (OIS) yang juga mampu mengambil gambar mod RAW seperti HTC One A9.

HTC yang berada didalam keadaan tenat dilihat cuba menyelamatkan keadaan kewangan mereka dengan pelancaran satu lagi model baru yang dikenali sebagai One X9.

HTC One X9 tidak akan menjadi telefon pintar utama syarikat ini namun ianya akan ditawarkan dengan spesifikasi yang baik dan lebih penting dengan harga penjualan yang berpatutan.

HTC One X9 telah pun mendapat pengesahan TENAA yang memberikan maklumat mengenai spesifikasi yang akan dimiliki oleh telefon pintar ini.

sumber

Leaked-HTC-One-X9-images Leaked-HTC-One-X9-images-1 Leaked-HTC-One-X9-images-2 Leaked-HTC-One-X9-images-3 Leaked-HTC-One-X9-images-4 Leaked-HTC-One-X9-images-5 Leaked-HTC-One-X9-images-6 Leaked-HTC-One-X9-images-7

Selain itu, HTC One X9 juga akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses octa-core 2.2GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan tidak ketinggalan slot microSD.

Seperti yang kami perkatakan di atas, ianya akan hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Dengan banyak maklumat mengenai telefon pintar terbaru HTC ini diperkatakan, kita mungkin akan menyaksikan pelancaran model ini didalam masa terdekat. Walaubagaimanapun, HTC One X9 mungkin ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu sebelum ke pasaran utama lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.