Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Air 3 tidak akan mempunyai skrin 3D Touch

apple ipad air 3
Apple melancarkan iPad Pro dan iPad Mini 4 bersama-sama iPhone 6s dan iPhone 6s Plus namun pengganti kepada Apple iPad Air 2 tidak lancarkan. Ini memberikan kita persoalan akan bila Apple akan melancarkan pengganti kepada Apple iPad Air 2.

Laporan terbaru mengatakan Apple iPad Air 3 akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2016 dan nampaknya model ini tidak akan mempunyai satu ciri baru yang diperkenalkan pada generasi baru Apple iPhone yang dilancarkan pada bulan September ini.

Penganalisa KGI Ming-Chi Kuo berkata Apple iPad Air 3 tidak akan hadir dengan teknologi skrin 3D Touch kerana Apple telah menghadapai masalah pengeluaran dengan teknologi terbaru ini.

Walaubagaimanapun, Kuo juga berkata bahawa isu pengeluaran ini hanya melibatkan Apple iPad Air 3 dan tidak mempengaruhi pengunaan teknologi skrin 3D Touch ini pada Apple iPhone 7.

Dengan sejarah Apple yang pasti melancarkan sesuatu pada suku pertama, Apple iPad Air 3 dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac 2016 dan mungkin akan dilancarkan bersama-sama Apple iPhone 6c selain generasi kedua Apple Watch.

Apple dilihat kini lebih melancarkan lebih daripada satu peranti pada majlis pelancaran seperti yang dilakukan pada pelancaran iPhone tahun ini.

Apple iPad Air 3 dijangka akan diletakkan diantara Apple iPad Pro dan Apple iPad Mini 4 dan harga penjualan model ini juga dijangka lebih murah berbanding iPad Pro.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.