Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R7 Plus dengan 4GB RAM dilancarkan secara rasmi

image

Oppo secara rasminya telah melancarkan satu lagi versi Oppo R7 Plus yang hadir dengan kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Oppo R7 Plus ini hadir dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman dan jika dibandingkan dengan versi Oppo R7 Plus yang lagi satu di mana model tersebut hadir dengan 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain kapasiti RAM dan Memori simpanan dalaman yang lebih besar, tiada sebarang perubahan lain yang dimiliki oleh R7 Plus ini.

Ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 615, kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP dan sensor capjari dibahagian bawah kamera.

Selain itu, Oppo R7 Plus ini juga mempunyai bateri berkapasiti 4,100mAh yang turut hadir dengan teknologi pengesacan pantas VOOC dan sistem operasi ColorOS 2.1 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Beralih kepada harga pula, versi baru Oppo R7 Plus ini hadir dengan harga penjualan CNY 2,999 (RM 1,987) bagi model China Unicom manakala model antarabangsa dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY 3,299(RM 2,176).

Oppo R7 Plus yang baru ini kini telah dibuka untuk tempahan di China dan ianya hadir dengan pilihan warna yang sama seperti model R7 Plus yang asal.

Oppo R7 Plus dijangka akan memasuki pasaran Malaysia namun tiada sebarang maklumat harga dan tarikh penjualan yang diketahui.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.