Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Smart Battery Case untuk iPhone 6 & 6s kini di Malaysia – RM 469

apple smart battery case malaysia

Apple secara rasmi kini menawarkan aksesori bateri tambahan bagi Apple iPhone 6s dan iPhone 6 yang memberikan anda tambahan bateri selain berfungsi sebagai pelindung kepada peranti pintar Apple anda.

Apple Smart Battery Case ini hadir dengan bateri 1,877mAh yang akan menawarkan 25 jam tambahan waktu berbual, 18 jam waktu pelayaran laman sesawang pada rangkaian LTE atau 20 jam tontonan video.

Ini bermaksud, dengan pengunaan Apple Smart Battery Case ini, anda mampu mengadakan jangka hayat bateri iPhone 6 dan iPhone 6 yang hanya memiliki bateri berkapasiti 1,715mAh.

Bercakap mengenai status baki bateri yang ada pada perkakas ini, ianya akan dipaparkan pada ‘lock screen’ dan dibahagian ‘Notification Centre’.

Seperti perkakas yang menawarkan bateri tambahan, Apple Smart Battery Case juga hadir dengan satu lekukan pada bahagian belakang perkakas ini dan bukan lah antara perkakas yang paling cantik dipasaran.

Apple Smart Battery Case ini menyokong semua kable pengecasan yang ditawarkan oleh Apple termasuk kable lightning yang ditawarkan bersama-sama Apple iPhone.

Apple Smart Battery Case kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu warna putih dan hitam dengan harga penjualan RM 469.

Selain itu, bagi Apple iPhone 6s Plus dan iPhone 6 Plus, perkakas yang sama mungkin ditawarkan tidak lama lagi. anda boleh menyemak maklumat dan melakukan pembelian di SINI

apple smart battery case apple smart battery case malaysia-2 apple smart battery case malaysia-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.