Sony akan melancarkan 5 versi Xperia Z6 di MWC 2016
Generasi telefon pintar seterusnya daripada Sony iaitu Xperia Z6 nampaknya akan hadir didalam lima versi.
Perkara ini telah didedahkan oleh Antutu melalui posting terbaru mereka di akaun Weibo miliki mereka dan Antutu berkata bahawa Song akan melancarkan lima versi telefon pintar utama mereka yang merangkumi saiz skrin paparab dari 4-inci sehingga 6.4-inci.
Sony Xperia Z6 yang merupakan model utama dikalangan telefon pintar utama mereka akan hadir dengan skrin paparan 5.2-inci.
Sony yang sentiasa memfokuskan satu model utama mereka secara ekskusif bagi pasaran mini akan melakukan perkara yang sama pada Xperia Z6 dengan pelancaran Z6 Compact. Selain itu, buat pertama kali didalam siri Xperia, Sony akan memperkenalkan Xperia Z6 Mini yang dijangka hadir dengan skrin paparan 4.0-inci dengan resolusi 720p.
Z6 Mini dijangka akan dengan pemproses Snapdragon 620 manakala kesemua model lain didalam siri Xperia Z6 akan hadir dengan pemproses terbaru Snapdragon 820 juga dari Qualcomm.
Sony Xperia Z5 Premium yang dilancarkan tahun ini sebagai telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4K nampaknya tidak akan mendapat pengganti baru.
Sebagai pengganti, Sony akan melancarkan Xperia Z5 Plus dengan skrin paparan 5.8-inci dan Sony Xperia Z6 Ultra pula akan hadir dengan skrin paparan 6.4-inci.
Apa yang lebih menarik, Antutu turut mendedahkan bahawa Xperia Z6 dan Z6 Plus akan hadir dengan teknologi skrin paparan ‘Force-Touch’ yang sama seperti pada Apple iPhone 6s dan 6s Plus.
Kelima-lima model Sony Xperia Z6 ini dijangka tidak akan dilancarkan di CES 2016 bulan hadapan dan MWC 2016 yang akan berlangsung pada bulan Februari dilihat lebih sesuai.