Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IDC : Apple Watch kedua paling terlaris didunia

Apple watch malaysia

Jam pintar dilihat akan menjadi peranti yang akan mendapat pertumbuhan besar dari tahun ke tahun didalam industri teknologi.

Laporan terbaru daripada IDC mendedahkan bahawa sebanyak 21 juta unit peranti pemakaian pintar telah dijual pada suku ketiga tahun 2015. Jumlah penjualan ini adalah peningkatan hampir 197.6% berbanding jumlah penjualan yang dicapai pada suku yang sama 12 bulan lalu.

Laporan daripada IDC juga mendedahkan bahawa Fitbit berjaya mengekalkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar peranti pemakaian pintar dari segi jumlah unit terjual iaitu 4.7 juta unit dijual pada suku ke-3 2015.

Jumlah penjualan yang dicapai oleh Fitbit pada suku ke-3 adalah melebih 2 kali ganda jumlah unit yang terjual pada suku yang sama tahun lalu iaitu hanya 2.3 juta unit.

Walaubagaimanapun, Fitbit dikatakan telah memperkenalkan strategi ‘ kesihatan korporat’ pada suku ini dan telah mendapat tempahan berskala besar daripada beberapa syarikat gergasi Amerika Syarikat seperti Target (350,000 unit) Time Warner dan Bank of America.

Selain itu, IDC juga melaporkan bahawa Apple berjaya mengekalkan kedudukanya di No.2 dengan 3.9 juta unit Apple Watch dijual pada suku ketiga. IDC mendakwa Apple telah meningkatkan penjualan Apple Watch pada suku ini dengan melancarkan jam pintar ini ke beberapa pasaran baru.

Pengeluar telefon pintar China iaitu Xiaomi pula berada di kedudukan ketiga dengan 3.7 juta unit peranti pemakaian pintar dijual pada suku ketiga 2015. Sebagai perbandingan, Xiaomi mencapai peningkatan paling tinggi iaitu 815% berbanding tahun lalu dan 97% daripada unit yang dijual oleh Xiaomi ini adalah di China.

Pencapaian di pasaran utama mereka memberikan penganalisa keyakinan bahawa jika peranti pintar mereka ditawarkan secara global dan di pasaran barat , Xiaomi mungkin akan menjual lebih banyak unit peranti pemakaian pintar mereka.

Selain itu, Samsung telah terkeluar daripada lima pengeluar terbesar dan tempat kelima Samsung kini telah diambil oleh XTC yang berjaya mengatasi Samsung sebanyak 100,000 unit walaupun hanya menjual satu unit peranti hibrid jam/telefon yang disasarkan kepada kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, pelancaran jam pintar terbaru Samsung iaitu Gear S2 mungkin mampu mengubah kedudukan syarikat ini khususnya selepas menawarkan sokongan bagi peranti Android manakala peranti Apple iOS juga akan disokong tidak lama lagi.

image image

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.