Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 2 Laser 6.0-inci kini mula ditawarkan di pasaran

Zenfone 2 Laser ZE601KL

Asus Zenfone 2 Laser yang disahkan akan hadir dengan 3 saiz skrin dan dua daripada versi Zenfone 2 Laser iaitu dengan skrin paparan 5.0-inci dan 5.5-inci kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 649 dan RM 799 termasuk GST.

Kedua-dua versi ini hadir dengan skrin paparan 720p namun versi 6.0-inci yang kini ditawarkan di pasaran India hadir dengan skrin paparan 1080p.

Asus Zenfone 2 Laser ZE601KL kini ditawarkan di India secara online melalui Amazon, Flipkart dan Snapdeal. Penjualan. melalui wakil pengedar pula akan bermula mulai minggu hadapan.

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone 2 Laser (ZE601KL) hadir dengan skrin paparan IPS 1080p dengan resolusi 1080 x 1920 piksel, pemproses Snapdragon 616, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Dari segi kamera, Asus Zenfone 2 Laser (ZE601KL) juga hadir dengan unit kamera yang sama seperti pada model 5.0-inci dan 5.5-inci iaitu 13MP kamera belakang dengan pemfokusan Laser dan flash LED manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Asus Zenfone 2 Laser (ZE601KL) mempunyai ukuran dimensi 164.5x84x10.5mm dengan berat 190gram dan hadir dengan ZenUI yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Asus Zenfone 2 Laser (ZE601KL) ditawarkan didalam warna merah, perak dan emas dengan harga penjualan INR 17,999 iaitu sekitar RM 1,136.

Asus Zenfone 2 Laser (ZE601KL) dijangka akan memasuki pasaran Malaysia bulan ini dengan harga penjualan sekitar RM 1,199 termasuk GST.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.