Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[UNBOXING] Pandangan Pertama Xiaomi Redmi Note 2

 

 

xiaomi redmi note malaysia launch-3

Xiaomi Redmi Note 2 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 3 November yang lalu dan mula dijual di Malaysia pada 11 November dengan harga yang amat berpatutan iaitu hanya RM 649 termasuk GST. Redmi Note 2 hadir ke pasaran dengan skrin paparan IPS berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1080p dan dengan teknologi Sunlight Display (400ppi). Selain itu, Xiaomi Redmi Note 2 ini juga hadir dengan pemproses MediaTek Helio X10 yang disertakan dengan 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Xiaomi Redmi Note 2 juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan yang dikenali sebagai ‘Phase Detection Autofocus’ atau secara ringkasnya PDAF. Teknologi pemfokusan auto ini mampu membuat pemfokusan didalam masa 0.1 saat. Selain itu, kamera selfie model ini hadir dengan kamera 5MP OmniVision.

Xiaomi Redmi Note 2 turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,060mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas Quick Charge 2.0 dan hadir dengan sokongan dwi-SIM dan 4H LTE Cat.4 (150Mbps).

Mari kita meneroka lebih mendalam mengenai Xiaomi Redmi Note 2.

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-001-1024x768

Kotak pembungkusan yang hadir dengan Redmi Note 2 adalah sama seperti generasi Redmi Note sebelum ini.

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-002-1024x768Pada bahagian belakang kotak pembungkusan ini, segala maklumat spesifikasi Xiaomi Redmi Note 2 telah diberikan dan model yang kami terima ini adalah versi import yang dijual di China.

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-003-1024x768

Selepas kotak ini dibuka, kami dapat melihat Redmi Note 2 yang dilapisi dengan filem perlindungan.

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-004-1024x768

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-005-1024x768Selepas kami mengalihkan telefon Redmi Note 2 ini , didalam kotak ini turut disertakan satu adapter pengecas ( versi China), kable USB, manual pengunaan, kad waranti dan tiada earphone ( seperti biasa pada peranti Xiaomi)

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-006-1024x768Kad waranti dan manual pengunaan

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-007-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-008-1024x768Pengecas (import) yang hadir dengan sokongan Quick Charge 2.0 dengan output 5V2A.

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-009-1024x768

Kable USB yang ditawarkan bersama-sama Redmi Note 2 ini hadir dengan logo Quick Charge yang memberikan petunjuk ianya menyokong Quick Charge 2.0.

Dibawah ini kami sertakan lebih banyak gambar Xioami Redmi Note 2.

xiaomi-redmi-note-2-unboxing-010-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-011-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-013-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-014-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-015-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-016-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-017-1024x768 xiaomi-redmi-note-2-unboxing-018-1024x768

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.