Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Zoom mula ditawarkan di Taiwan – dari RM 1,808

asus-zenfone-zoom-malaysia

Asus secara rasminya kini telah menjual telefon pintar yang memfokuskan kepada kamera dan hadir dengan optik zoom 3x iaitu Asus ZenFone Zoom ke pasaran Taiwan.

Asus ZenFone Zoom hadir ke pasaran selepas hampir 12 bulan diumumkan iaitu pada CES 2015 dan tidak seperti ketika diumumkan ketika itu, ZenFone Zoom hadir dengan sedikit perubahan.

Asus ZenFone Zoom ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 403ppi( gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4), dua jenis pemproses daripada Intel iaitu Z3580 bagi versi 64GB dan Z3590 bagi versi 128GB, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, beralih kepada fokus utama telefon pintar ini iaitu Kamera. Asus ZenFone Zoom adalah telefon pintar hibrid dengan kamera 13MP yang mempunyai mempunyai lensa diperbuat oleh HOYA. Lensa ini menawarkan penzooman optik 3x dan bukanya zoom digital yang biasa digunakan pada telefon pintar. Kamera ini juga hadir dengan teknologi pemfokusan laser AF manakala kamera hadapan model ini adalah 5MP.

Asus ZenFone Zoom juga hadir dipasaran sebagai telefon pintar ternipis didunia yang memiliki zoom optik 3x.

Asus ZenFone Zoom hadir didalam dua warna iaittu warna hitam dan putih dimana versi 64GB ditawarkan pada harga TWD 13,999 iaitu sekitar RM 1,808 berdasarkan kadar pertukaran semasa. Versi 128GB pula ditawarkan dengan harga penjualan TWD 1,599 iaitu sekitar RM 2,609.

sumber : Asus Taiwan

asus-zefone-zoom-malaysia-mobilefokus asus-zefone-zoom-malaysia-mobilefokus-1 asus-zenfone-zoom-malaysia-3 asus-zenfone-zoom-lens-malaysia asus-zenfone-zoom-malaysia-2 asus-zenfone-zoom-malaysia-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.