Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor Online OppoStore Malaysia akan dibuka 1 Disember ini

oppo-store-malaysia-1

Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai atas talian mereka iaitu Oppo Store akan mula dibuka mulai 12 tengah malam ini iaitu pada 1 Disember ini di laman sesawang www.oppostore.com.my

Ini bermaksud mulai 1 Disember 2015, pengguna atau bakal pembeli telefon pintar Oppo di Malaysia boleh melakukan pembelian mereka secara online di kedai atas talian rasmi Oppo ini.

Sebelum ini penjualan atas talian produk Oppo biasanya akan menggunakan platform pihak ketiga seperti Lazada dan 11street namun Oppo Store adalah satu cara baru untuk syarikat ini menawarkan produk dan aksesori Oppo secara terus kepada pengguna.

Sebagai meraikan pembukaan kedai atas talian mereka di Malaysia, Oppo Malaysia akan memberikan satu bauchar khas yang menawarkan potongan diskaun 50% bagi kesemua aksesori yang dibeli di Oppstore.com.my dan bauchar ini adalah untuk masa terhada sahaja. Untuk mendapatkan bauchar diskaun ini, anda perlu membeli mana-mana telefon pintar Oppo melalui kedai atas talian rasmi Oppo ini.

Selain diskaun 50%, Oppo juga akan memberikan pas tiket wayang secara percuma kepada 3 pembeli bertuah setiap hari dari 1 Disember sehingga 20 Disember 2015.

Pelancaran OPPOStore Malaysia ini adalah satu langkah ke hadapan syarikat ini walaupun penjualan traditional Oppo sangat memberangsangkan.

Walaubagaimanapun, Oppo tidak dapat mengabaikan potensi perniagaan e-commere didalam dunia digital dan Oppo menjanjikan pengalaman pembelian yang baik melalui OppoStore.

Berikut adalah pautan yang akan memberikan anda lebih maklumat mengenai Oppo Store Malaysia

Cara Pembelian – bagaimana untuk melakukan pendaftaran : How To Buy

Pembelian dan Pembayaran : Order and Payment

Penghantaran : Shipping and Delivery

Terma Jaminan Waranti : Warranty

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.