Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo secara rasminya telah melancarkan X6 & X6 Plus

vivo x6 dan x6 plus malaysia

Vivo secara rasminya telah melancarkan Vivo X6 dan Vivo X6 Plus yang hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan skrin paparan AMOLED.

Selain maklumat spesifikasi yang disahkan sendiri oleh Vivo, tidak banyak khabar angin model ini menjadi kenyataan.

x6 plus

vivo X6Plus

Vivo X6 Plus yang hadir dengan ukuran 6.6m mempunyai skrin paparan Super AMOLED berukuran 5.7-inci, seperti X6, X6 Plus juga hadir dengan skrin paparan 1080p ( tiada skrin paparan QHD). Kepadatan piksel skrin yang dimiliki oleh Vivo X6 Plus adalah 386ppi.

Vivo X6 Plus juga hadir dengan 4GB RAM, pemproses MediaTek MT6752, 64GB memori simpanan dalaman dan slot microSD.

Seperti X6, X6 Plus juga hadir dengan sokongan dwi-SIM namun slot kedua boleh digunakan sebagai slot microSD atau slot SIM namun tiada slot khas untuk microSD.

Vivo X6 Plus hadir dengan sensor capjari yang mempunyai darjah pengesanan 360 darjah dan mampu mengesan capjari didalam masa hanya 0.4saat.

Beralih kepada kamera Vivo X6 Plus, model ini hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan PDAF dan f/2.2 dan boleh dibuka didalam masa 0.6saat manakala pemfokusan akan ditetapkan didalam masa 0.2saat. Selain itu, X6 Plus juga memiliki kamera selfie 8MP.

Dari segi audio pula, Vivo X6 Plus hadir dengan cip Yamaha Hi-Fi dan dua pilihan bateri iaitu 3,000mAh dan 4000mAh dengan teknologi pengecasan pantas.

Vivo X6 Plus akan mula dijual 7 Disember dengan harga penjualan CNY 3,198 (RM 2,142) manakala versi Unicom pula akan ditawarkan pada harga CNY 2,998 (RM 1,988 ).

vivo x6 price

vivo X6

Bercakap mengenai Vivo X6, model ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 5.2-inci dengan resolusi 1080p dengan kepadatan piksel mencecah 424ppi.

Dari segi pemproses pula, Vivo X6 pula hadir dengan pemproses MediaTek MT6752,4GB RAM, 32GB RAM dan bateri berkapasiti 2,400mAh.

Vivo X6 juga hadir dengan sokongan dual-SIM atau satu sim + microSD, 4G LTE dua antenna, Wi-Fi 802.11ac dan Bluetooth 4.0

Bercakap mengenai rangka badan yang dimiliki oleh Vivo X6 ini, ianya hadir dengan mangnesium aloi aluminium yang diselesaikan dengan pengilapan tangan dan ukiran laser.

Vivo X6 juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang yang diletakkan dibawah kamera 13MP manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Vivo X6 akan ditawarkan mulai 7 Disember dengan harga penjualan CNY 2,598 (RM 1,722) manakala versi Unicom pula akan mempunyai harga penjualan CNY 2,498 (RM 1,656).

Kedua- dua Vivo X6 dan X6 Plus akan ditawarkan dengan Funtouch OS yang berasaskan Android 5.1 Lollipop dan hadir didalam tiga warna iaitu perak, emas dan emas ros.

vivo x6 dan x6 plus malaysia warna  vivo x6 dan x6 plus malaysia-1

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.