Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nexus 6P akan dilancarkan di Malaysia 8 Disember ini

Huawei Nexus 6P akan dilancarkan di Malaysia 8 Disember ini 1

huawei-nexus-6p-malaysia-launch-8-december

Huawei Malaysia sebentar tadi telah mengesahkan bahawa pelancaran model Google Nexus 6P yang menawarkan pengalaman pengunaan Android yang asli akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember ini.

Bercakap mengenai spesfikasi yang dimiliki oleh telefon pintar terbaru Google ini, Nexus 6p akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel 518ppi dan dilapisi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4. Menariknya ini adalah telefon pintar pertama Huawei dengan skrin paparan QHD dan memberikan kita petunjuk bahawa, generasi telefon pintar utama yang berikut daripada Huawei mungkin hadir dengan teknologi skrin paparan QHD ini.

Selain itu, antara spesifikasi lain yang dimiliki oleh Nexus 6P adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1, 3GB RAM, dua pembesar suara hadapan, bateri berkapasiti 3,450mAh, slot USB Type-C, Android Marshmallow dan hadir dengan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

Huawei Nexus 6P ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 12.3MP dengan 1.55µm piksel dan aperture f/2.0 dan mampu merakam video 2160p. bagi kamera selfie pula, Nexus 5X hadir dengan kamera 5MP manakala kamera selfie Nexus 6P adalah 8MP.

Huawei Nexus 6P ini dijangka akan ditawarkan didalam satu versi iaitu versi yang mempunyai memori simpanan dalaman 64GB dan harga penjualan dikatakan sekitar RM 2,698 .

Warna yang akan ditawarkan bagi model ini adalah warna perak dan warna hitam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.