Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ookla mengiktiraf UMobile sebagai penyedia Internet terpantas di Malaysia

Umobile ookla fastest mobile network in malaysia

Pengukur kelajuan rangkaian yang dimiliki oleh sesuatu penyedia perkhimatan internet yang popular iaitu Ookla telah mengiktiraf U Mobile sebagai penyedia rangkaian mudah alih paling pantas di Malaysia.
Rangking U Mobile sebagai yang terbaik di Malaysia adalah berdasarkan data ujian kelajuan Ookla yang diambil dari aplikasi Ookla Android dan iOS sejak 6 bulan lalu.

Lebih daripada 5 juta keputusan ujian kelajuan telah diambil kira sebelum UMobile dipilih yang terpantas di Malaysia oleh pihak berkecuali.
Sebagai meraikan pengiktirafan ini, syarikat telekomunikasi ini akan menawarkan 1GB data percuma untuk satu bulan bagi kesemua pelanggan prabayar, pascabayar dan jaluar lebar UMobile.
Internet percuma ini akan ditawarkan mulai 1 Disember sehingga 31 Disember ini dan 1GB data ini akan dikreditkan secara automatik kepada akaun pelanggan Umobile.
Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata bahawa U Mobile sentiasa mahu memberikan lebih nilai bagi data mudah alih dengan pengalaman pengunaan yang terbaik.

Pendekatan ini ternyata membuahkan hasil dan telah menyaksikan UMobile menerima beberapa anugerah termasuk pengiktirafan daripada Ookla sebagai penyedia rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia.
UMobile kini mempunyai 4 juta pelanggan dengan 70% daripada mereka adalah pengguna telefon pintar manakala lebih 90% adalah pengguna Internet.

Pengiktirafan terbaru ini pasti akan membantu UMobile untuk menyertai tiga syarikat telekomunikasi lain di Malaysia sebagai pendahulu pasaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.