Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

VoLte 2 kini dibuka untuk tempahan melalui Lazada – RM 399

VoLte 2 Lazada Malaysia

Pengeluar telefon pintar tempatan iaitu ExMobile secara rasminya telah membuka tempahan telefon pintar terbaru mereka iaitu VoLte 2 melalui Lazada Malaysia dengan harga penjualan hanya RM 399.

VoLte mungkin jenama yang tidak pernah anda dengar sebelum ini namun ini tidak bermakna jenama ini tidak hadir dengan kualiti yang baik.

  • Tekan SINI¬†untuk beli Volte 2

VoLte 2 yang hadir dengan reka bentuk gelas melengkung 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang dengan lapisan teknologi ‘nano coating’

Walaupun mempunyai harga penjualan hanya RM 399, kualiti reka bentuk telefon pintar ini adalah sesuatu yang boleh dipuji.

Beralih kepada spesfikasi model ini, VoLte 2 hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci dengan resolusi 1280 x 720 yang memberikan kepadatan piksel 320ppi.

Selain itu. VoLte 2 juga hadir dengan pemproses 64-bit MediaTek 6735A, GPU Mali T720, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman ( dibekalkan oleh Samsung), bateri berkapasiti 2,200mAh dan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

  • Tekan SINI¬†untuk beli Volte 2

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh VoLte 2 ini, ianya hadir dengan kamera utama 13MP dengan aperture f/2.2 dan lampu Flash LED manakala kamera hadapan yang dimiliki telefon pintar ini adalah 5MP. Kedua-dua unit kamera ini dibekalkan oleh Sony.

Ciri-ciri lain yang dimiliki oleh VoLte 2 ini adalah Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, USB OTG, sokongan kad microSD sehingga 64GB, dwi-SIM 4G LTE dan pembesar suara dengan teknologi Yamaha HiFi YDA 165 dengan DTS Dolby.

VoLte 2 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna biru pekat, emas dan putih dengan harga penjualan RM 399 (100 unit sahaja akan dijual)

Buat masa ini tempahan bagi VoLte 2 masih belum dibuka oleh Lazada Malaysia namun kami akan mengemaskini artikel ini dengan pautan untuk membuat tempahan apabila ianya telah dibuka.

#tempahan kini telah dibuka dan anda boleh membuat tempahan dengan menekan pautan in > Lazada Malaysia

VoLte 2 Lazada SpecsVoLte 2 CameraVoLte 2 MalaysiaVoLte 2 MalaysiaVoLte 2 MalaysiaVoLte 2 MalaysiaVoLte 2 Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.