Xiaomi Mi 5 dijangka akan dilancarkan Februari 2016
Selepas pelancaran Xiaomi Redmi Note 3 dan Xiaomi Mi Pad 2, ketua pegawai eksekutif Xiaomi iaitu Lei Jun telah bercakap mengenai Xiaomi Mi 5 dimana beliau berkata Xiaomi mengambil masa 12 hingga 18 bulan untuk melancarkan generasi baru telefon pintar utama mereka.
Sedar atau tidak, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi 4 kira-kira 16 bulan lalu dan ini bermaksud syarikat China ini mungkin melancarkan Xiaomi Mi 5 didalam masa 2 bulan sahaja lagi.
Lei Jun berkata beliau kini sedang menggunakan Xiaomi Mi 5 setiap hari dan mengambarkan model telefon pintar ini sebagai menakjubkan.
Selain itu, menurut penganalisa Pan Jiutang, Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari dan untuk memenuhi permintaan, Xiaomi akan mengeluarkan lebih banyak unit Mi 5 ini.
Xiaomi Mi 5 dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 820, GPU Aderno 530, 4GB RAM, bateri berkapasiti 3,000mAh dan MIUI 7 berasaskan Android Marshmallow.
dari segi kamera pula, Xiaomi Mi 5 dijangka akan hadir dengan unit kamera 20MP manakala kamera hadapan pula mungkin menggunakan kamera 8MP.
Selepas melancarkan Xiaomi Mi 4 secara eksklusif bagi pasaran China, harapan diletakkan agar Xiaomi Mi 5 akan menjadi satu model global yang ditawarkan seluruh dunia.
Xiaomi Mi 5 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia dan kami berharap Xiaomi tidak mengulangi seperti yang berlaku pada Redmi Nore 2 iaitu hanya selepas beberapa minggu memasuki pasaran Malaysia, Xiaomi memperkenalkan Redmi Note 3.