Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemproses Samsung Exynos 8890 dikesan diujian AnTuTu

samsung exynos 8 octa 8890 dilancarkan

Khabar angin mengenai pelancaran generasi terbaru telefon pintar Samsung Galaxy S semakin hangat apabila satu keputusan ujian AnTuTu yang melibatkan pemproses Exynos 8890 yang dilancarkan baru-baru ini telah terbongkar.

Satu sumber yang tidak dinamai di China menunjukkan bahawa pemproses Exynos 8890 telah melalui ujian AnTuTu melalui model yang tidak diketahui dengan nombor model SM-G9300.

Jumlah mata yang diperoleh Samsung Exynos 8890 adalah sesuatu yang menarik dan menunjukkan kemampuan sebenar pemproses terbaru Samsung ini.

Samsung Exynos 8890 yang akan digunakan pada Samsung Galaxy S7 ini mencapai jumlah mata yang 103,692 iaitu hampir 40,000 lebih tinggi berbanding jumlah mata yang dicapai oleh pemproses Huawei Kirin 950( 65,000).

Walaubagaimanapun, kita tidak dapat mengesahkan bahawa ujian ini adalah benar.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD, tiga pilihan pemproses iaitu dua pemproses Exynos dan satu pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM, UI TouchWiz generasi baru yang berasaskan Android Marshmallow dan slot microSD (S6 tiada slot microSD).

Samsung Galaxy S7 akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan iaitu pada MWC 2016 yang akan berlangsung di Barcelona pada bulan Februari.

Selain Galaxy S7, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan satu lagi model Galaxy S7 iaitu S7 Edge.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan dilancarkan di Malaysia beberapa minggu selepas pelancaran di MWC dan meletakkan Malaysia sebagai antara negara terawal menerima telefon pintar ini.

sumber: GSMArena

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.