Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[Unboxing] Samsung Gear S2 Classic – Kini di Malaysia

Samsung Gear S2 kini secara rasminya telah mula dijual di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 bagi versi sukan dan RM 1,599 bagi versi klasik.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia

Kami telah mendapat satu unit Gear S2 Classic ini dan kami akan melakukan pembukaan kotak (Unboxing) Gear S2 ini khusus untuk anda.

Kotak Gear S2 Classic ini adalah kotak yang direka bentuk seperti kotak jam tangan konvesional dan kualiti yang dimiliki oleh kotak ini juga baik.

Pada permukaan atas kotak ini anda akan nampak terdapat tulisan yang memberikan anda nama model ini iaitu Gear S2 Classic. Jika anda membeli Gear S2 versi Sports anda akan mendapat kotak yang tertera tulisan Gear S2 dan didalam warna putih.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-5

Pada bahagian belakang kotak Gear S2 Classic ini anda dapat melihat maklumat seperti warna Gear S2 anda selain no siri jam pintar ini selain maklumat mengenai Samsung Malaysia.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-4

Pada bahagian sisi kotak Gear S2 Classic ini anda akan akan melihat maklumat spesifikasi ringkas jam pintar Samsung ini iaitu ukuran 30.2mm, skrin paparan sAMOLED 1.2-inci, Bluetooth 4.1, Wi-Fi b/g/n, NFC, pensijilan kalis air dan habuk IP68, dan pad pengecasan tanpa wayar yang disertakan didalam kotak.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-3

Pada bahagian sisi ini juga iaitu bersebelahan dengan maklumat spesifikasi Gear S2 Classic ini terdapat maklumat mengenai pengunaan jam pintar ini. Gear S2 ini boleh digunakan oleh hampir kesemua peranti Android yang mempunyai sistem operasi Android 4.4 KitKat dan ke atas dan dengan 1.5GB RAM dan ke atas.

walaubagaimanapun, kesemua model Android yang sokong telah disenaraikan di laman sesawang Samsung

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-2

apabila anda membuka kotak ini, anda akan melihat jam pintar Gear S2 yang diletakkan di slotnya dan terdapat satu pelekat yang memberikan maklumat warna dan nombor siri Gear S2 ini.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-1

Dengan mengalihkan jam pintar Gear S2 ini, anda akan melihat kesemua aksesori yang disertakan dengan pembelian Gear S2 ini.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-7

Ini adalah pad pengecasan tanpa wayar yang disertakan bagi Gear S2 dan ianya mempunyai satu slot microUSB pada bahagian sisi.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-8

Label pada bahagian bawah ini mendedahkan voltan pengecasan ini iaitu O.7A, sesuatu yang cukup untuk mengecas bateri berkapasiti 250mAh yang dimiliki oleh Gear S2 ini.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-10

Selain itu, dengan pembelian Gear S2, anda juga akan menerima adapter pengecasan microUSB dengan output 0.7A

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-12

Samsung Gear S2 juga akan menerima tali jam tambahan dengan ukuran saiz S yang lebih pendek. tali jam ini adalah diperbuat daripada kulit.

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-11

seperti pembelian produk elektronik yang lain, anda akan menerima panduan pengunaan pelbagai bahasa dan kad waranti Gear S2.

berikut adalah gambar-gambar Gear S2 Classic ini

samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-13 samsung-gear-s2-classic-unboxing-malaysia-14

Samsung Gear S2 Classic kini sudah boleh dibeli dari kesemua wakil pengedar sah Samsung di Malaysia dan untuk maklumat lanjut mengenai jam pintar ini anda boleh layari laman sesawang Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.