Asus ZenFone Zoom dikesan di TENAA
Asus ZenFone Zoom yang diperkenalkan oleh Asus pada IFA September lalu nampaknya sudah semakin hampir untuk memasuki pasaran.
Asus ZenFone Zoom yang hadir dengan Optik Zoom 3x adalah modul optik paling nipis pernah ditawarkan pada telefon pintar dan dikeluarkan oleh HOYA. Kamera 13MP dengan aperture f/2.0Asus yang dimiliki oleh ZenFone Zoom ini juga hadir dengan sokongan optik pengstabilan imej dan fokus auto laser
Kini, Asus ZenFone Zoom telah mendapat pengesahan daripada agensi telekomunikasi China iaitu TENAA. Asus ZenFone Zoom hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Intel Atom Z3580 berkelajuan 2.3GHz, dua pilihan RAM iaitu 2GB dan 4GB, 4 pilihan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB/32GB/64GB dan 128GB. Selain itu, satu slot microSD juga ditawarkan.
Selain itu, Asus ZenFone Zoom juga akan hadir dengan 5MP pada bahagian hadapan khusus untuk pengambilan selfie dan membuat panggilan video.
Walaupun mempunyai zoom optik, ZenFone Zoom mempunyai kenipisan 11.95mm dengan berat 185gram.
Asus ZenFone Zoom dijangka akan mempunyai harga penjualan dari $399 (RM 1,751). Selain itu, berita baik bagi peminat model ini di Malaysia, Asus ZenFone Zoom dijangka akan ditawarkan di pasaran tempatan sebelum penghujung tahun ini.
Walaubagaimanapun, halangan terbesar yang akan dihadapi oleh pengguna adalah kos pemilikan model ini pasti lebih tinggi lagi dengan cukai GST dan kelemahan matawang ringgit.