Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan Kemaskini Android Marshmallow untuk Samsung Galaxy didedahkan

samsung-galaxy-smartphone-android-update-1
Jika anda adalah pemilik telefon pintar Samsung Galaxy anda pasti mahu sentiasa mendengar perancangan kemaskini sistem operasi bagi telefon pintar anda dan kemaskini terkini dipasaran adalah Android 6.0 Marshmallow.

Satu pelan kemaskini Android 6.0 Marshmallow kini telah tersebar dan Samsung dilihat akan membahagikan fasa kemaskini ini kepada dua.

Fasa pertama kemaskini Android Marshmallow ini akan menyaksikan Samsung Galaxy Note 5 dan Samsung Galaxy S6 Edge+ menerima Android 6.0 bulan hadapan.

Selepas itu, Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge akan mendapat kemaskini Android yang baru ini pada Januari tahun hadapan. Selepas itu, peranti utama tahun lalu iaitu Galaxy Note Edge dan Galaxy Note 4 akan mendapat kemaskini Android Marshmallow pada bulan Februari.

Telefon pintar diatas ini adalah didalam fasa pertama kemaksini dan telah mempunyai tarikh pelancaran namun terdapat juga dua model telefon pintar didalam fasa ini yang tidak mempunyai tarikh kemaskini iaitu Samsung Galaxy S5 dan Samsung Galaxy Alpha. Kedua-dua model ini masih menunggu kelulusan teknikal.

Beralih kepada fasa kedua kemaksini Android Marshmallow bagi telefon pintar Samsung ini. Mengikut perancangan, model-model ini telah disahkan akan menerima kemaskini Android 6.0 ini namun masih menunggu kelulusan.

Antara model tersebut adalah Samsung Galaxy A8, Samsung Galaxy A7, Samsung Galaxy A5, Samsung Galaxy A3, Samsung Galaxy E7 dan Samsung Galaxy E5.

Selain itu, Samsung juga telah memberikan pengesahan bahawa fasa 3 penawaran kemaskini Android Marshmallow ini akan bermula selepas ujian awal dilakukan. Tiada sebarang model disenaraikan bagi fasa ketiga ini.

sumber

Samsung-Galaxy-Android-Marshmallow-Update-Roadmap

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.